Monday, July 11, 2011

PELUANG MENJADI USAHAWAN KUIH CAKOI

IKLAN PERNIAGAAN


KEPADA SESIAPA INDIVIDU YANG BENAR-BENAR BERMINAT DAN INGIN MENJADI SEORANG USAHAWAN KUIH CAKOI SEPERTI MAMA SAYA SILA HUBUNGI MAMA SAYA DI TALIAN 019-270 9233 (Pn.MAKKIAH)

KURSUS YANG DI BERI :-
1-PROSES MENCAMPUR BAHAN2 SEBAGAI ADUNAN
2-CARA-CARA MENGULI TEPUNG
3-CARA PEMBUATAN DAN MENGGORENG

P/S: KURSUS DI BERI SEHINGGA BOLEH MENJADI SEORANG USAHAWAN

PERNIAGAAN KUIH CAKOI ADALAH SATU PERNIAGAAN YANG MEMERLUKAN MODAL YANG PALING MINIMA TETAPI MENGHASILKAN KEUNTUNGAN YANG BANYAK DAN BERISIKO RENDAH....











CAKOI SRI INAI DIBAWAH BIMBINGAN PIHAK MARA MERANGKUMI KIOSK, PERALATAN, TUNJUK AJAR DAN PEMANTAUAN.
PINJAMAN JUGA AKAN DIBERI OLEH PIHAK MARA JIKA MENEPATI SYARAT DAN KELAYAKAN.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI : 019-2709233 (PN.MAKKIAH)

Tuesday, October 19, 2010

Amalan Sunat Selepas Kelahiran Zuriat

Berikut adalah amalan-amalan sunat yang perlu dilakukan sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran bayi :

  1. Azan dan iqamat
    -Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
    -Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
    Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
  2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran.
    -Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
  3. Memberi nama yang baik
    -Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
    Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
  4. Tahnik (Belah Mulut)
    -Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.
    -Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
  5. Cukur rambut
    -Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
    -Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
    -Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
    -Adalah dilarang membuat jambul.
    Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
  6. Aqiqah
    -Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
    Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
    -Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
    Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
    -Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
    Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Friday, July 30, 2010

Doa Mustajab Membentuk Isteri dan Anak-Anak

Hari ni saya kongsikan tips bagaimana suami boleh mengubah diri isteri dan juga anak melalui doa. Tip ni saya jumpa dalam forum yang sering kali saya usha2..

Bagi suami yang menghadapai masalah anak tidak mendengar kata… atau isteri yang kerap kali “hangin” tiba-tiba… cuba tips mudah berikut:
… apabila anda selesai mengimami solat, ketika berdoa pastikan anda sebutkan nama anak-anak (kalau ada 10 orang pun sebutlah sorang2) dan nama isteri (kalo ada empat jangan pulak sebut keempat2nya..sebut aje satu nama isteri anda yang sedang menjadi makmum sudahlah..karang naya isteri tak mau merajuk tak mau masak).
….anda digalakkan membacakan doa agak kuat tetapi lembut agar orang yang kita sebut namanya dapat mendengar…
Untuk tips ini berjaya pra-syarat utama ialah anda mesti mengimami solat bersama-sama isteri dan anak-anak.
Contoh2 doa seperti berikut:
“Ya Allah, jadikanlah isteriku Norjannah seorang isteri yang solehah. Lembutkanlah hatinya, elok dan sopan budi pekertinya dan menjadi hiasan dan sumber keceriaan dalam rumahtangga kami.”
“Ya Allah, jadikanlah anakku, Muhammad Shafi anak yang soleh dan bertakwa. Memiliki sifat-sifat mulia sebagaimana Rasullullah s.a.w. Cemerlang hidupnya, murah rezekinya dan dihormati masyarakat”
Ini kerana secara psikologinya… isteri dan anak-anak akan merasakan yang anda benar-benar menyayangi mereka dan ingin melihat mereka menjadi yang terbaik.
Yakin dan pecayalah… mereka pasti berubah!
p/s: Utk para isteri boleh lakukan untuk anak-anak bila solat mengimami mereka tetapi elakkan membaca dengan kuat bilamana inginkan suami berubah. Doa secara perlahan dan mohon kepada Allah agar ianya termakbul. Bacaan secara kuat dan didengari suami pasti akan melukakan hati atau setidak-tidaknya mencalar ego, misai serta janggutnya.

Wednesday, July 28, 2010

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah
2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua
3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri
4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri
5. Meremehkan kedudukan isteri
6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri
7. Memakan Harta isteri secara batil
8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya
9. Bersikap pelit terhadap isteri
10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi
11. Banyak mencela dan mengkritik isteri
12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri
13. Banyak bersengketa dengan isteri
14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas
15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga
16. Interaksi yang buruk dengan isteri
17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri
18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri
19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan
20. Menyebarkan rahsia ranjang
21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan
22. Menggauli isteri ketika haid
23. Menggauli isteri pada duburnya
24. Memukul isteri tanpa alasan
25. Kesalahan tujuan poligami
26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri
27. Terburu-buru dalam urusan Talak
28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian
29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya
30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri
31. Kurang setia terhadap isteri
32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

Saturday, April 17, 2010

Pulau Perhentian


yyuuhuuu..panas nye hari nie..rasa macam nak terjun dalam kolam jur..nasib baik kat astro ada rancangan yang boleh layan jugak la..eh2..tapi dah lama tak update blog..nak masukkan pic masa kat pulau perhentian.Actually planning nak pergi Pulau Redang..Tapi last minute punya planning last2 Pulau Redang dah full book...so terpaksa la lari pergi Pulau Perhentian..Nasib baik Pulau Perhentian dengan Pulau Redang tak berapa jauh..kira ok la walaupun beberapa jam..janji dalam area Terengganu jugak..huhuhu...Dah lama tak pergi Pulau Perhentian..Hampir 2 tahun kowt..macam lain jur enviroment kat sini..lagi2 kawasan jeti..dah banyak kedai jual souvenir..hmm..masa kat Pulau Perhentian banyak pic yang tak sempat nak snap cuz ada aktiviti air yang tanpa planning yang buat kitorg terlupa nak bawa camera..planning nak makan jur..last2 terjun laut la..kayak la..so sebagai pengajaran.."perlu membawa camera di mana sahaja kita berada apabila sedang dalam percutian"..Untuk lokasi percutian kami memilih Arwana Perhentian Resort untuk tempat kami berteduh..teduh ke....hahha..terbakar kulit ada la..nie antara pic yg sempat kitorg snap masa kat sana...enjoy..